Thursday, April 29, 2010

siapa aku??

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

aku bukanlah insan biasa. yang mampu menikmati keindahan dan keseronokan dunia sepertimana manusia lainnya. kerana definisiku kini berbeza. kerana kini kumelihat dunia dari kacamata yang berbeza.

dulu kacamataku kabur, kini makin jelas. 'POWER DAH TAMBAH'. kacamataku bukanlah asing, bukanlah pelik sepertimana kata-kata orang padaku. cuma...aku cuba melihat dunia dari kacamata sebenar. KACAMATA FITRAH!! yang mana DAKWAH dan TARBIYYAH itu menjadi NERACANYA, menjadi PENAMBAH POWERnya.

kerana kita adalah AD-DU'AT. aku ialah seorang DAIE. kita adalah GOLONGAN YANG BEKERJA, GOLONGAN YANG BERGERAK. yang menyeru manusia kepada perhambaan total kepada Allah. yang menyeru manusia kepada keassolahan (keaslian) cara hidup mereka. seorang daie yang basic knowledgenya tentang islam telah selesai. yang tidak meninggalkan solat dan mampu merasai keperitan umat. Yang merasa terpukul untuk melakukan perubahan namun masih tercari-carinya caranya. masih tidak tahu dari mana ingin kumulakan. Apakah titik tolakku??

akhirnya kutemui juga. Ya!! pastilah dengan mengenalpasti waqi' disekelilingku dan juga perkara berkaitan diriku.....

dari situlah aku akan bermula. maka tunjukilah aku jalannya.

No comments: