Tuesday, December 7, 2010

KITA yang Mana??

بسم الله الرحمن الرحيم
السلا م عليكم

Subhanallah, subhanallah, subhanallah...

Allahlah yg mentadbir seluruh perjalanan alam ini, tidak ada satu pun yg berjalan, bergerak tanpa pengetahuan dan redha-Nya...

Hanya manusia sahaja yg tidak mengikuti peraturan tersebut kerana dikalangan manusia, terdapat juga perbezaan-perbezaanya. Ada manusia duniawi yg pasti, konfirm, wajib sesat dalam mengatur hidup mereka kerana tiadanya hidayah Allah yg memandu mereka.

Tedapat juga manusia black and white, separuh badannya hitam manakala separuh lagi putih, separuh mengikuti wahyu dan separuh lg mengingkarinya. Mereka juga sesat kerana Allah mentakdirkan manusia itu haruslah udkhulu fissilmi kaaaafffaaahh... Masuk islam secara keseluruhan.

Dan alhamdulillah dikalangan manusia itu terdapat mereka yg beruntung kerana dibenarkan Allah utk menjadikan wahyu-Nya sebagai panduan dan mereka cuba mengatur kehidupan mereka dgn wahyu yg difahami. Kerana mereka tidak mahu menjadi manusia duniawi yg kehidupannya bukan berlandaskan wahyu...

Allahu alam, KITA yang mana??



- Posted using BlogPress from iPhone ImaN =)

hati-hati dengan niatmu

Bismillah Arrahman Arrahiim...
Assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulilllah...

dalam dunia ni banyak benda yg berlaku yg dapat KITA ambil 'ibrah' drpdnya dan setiap perkara yg KITA lakukan seharusnya berhadaf dan seharusnya matlamat utama KITA adalah keredhaan Allah kan dan disini, ingin ana sertakan satu artikel yg sangat menarik untuk KITA sama2 renung2kan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum,

Hati-hati dalam memilih niatmu!
Atas dasar apa kau memilih jalan ini?
Apa motivasinya?

Sewaktu fasa awal tarbiyah, kita mungkin dimanjakan. Diberi perhatian sepenuhnya. Menerima dan terus menerima tanpa memikirkan mereka yang selamanya memberi.

Lalu kita merasakan…

Nikmatnya ukhwah bersama ikhwah - susah senang bersama.
Nikmatnya murabbi yang sentiasa membelai dan memberi sepenuh perhatian.
Nikmatnya pengisian yang sentiasa menghiburkan hati yang gelisah.
Nikmatnya melancong ke sana sini berprogram sambil mentadabbur alam.

Waspadalah! Kelak nanti mungkin kau akan merasakan…

Ikhwah seperti tidak pedulikan dirimu lantaran “sibuk” dengan tugas dakwah.
Murabbi mu hanya boleh berjumpa atau melayani mu hanya beberapa ketika.
Pengisian yang kau dapat akan bersifat “keras” atau “memaksa”.
Melancong? Sejak bila pula kita ada masa nak melancong! HaHa.

Kalau berada di jalan ini untuk mengharapkan kehangatan ukhwah seperti di awal-awal dulu, kau pasti akan kecewa disebabkan ukhwah kita sudah berkait rapat dengan topik-topik dakwah yang sentiasa memenatkan. Sementara kau masih mengharapkan ukhwah seperti kanak-kanak, bersenda gurau dan hidup di dalam dunia sendiri.

Kalau kerana suka pada peribadi murabbi yang selalu memberi perhatian dan memanjakan kita di awal-awal dulu, kau pasti akan kecewa pada suatu hari nanti.

Kerana setiap murabbi pasti akan ditambah mas’uliyahnya secara berperingkat. Masanya akan terpecah-pecah kepada mas’uliyah yang pelbagai. Belum lagi ditambah dengan ujian demi ujian yang menimpanya yang mahu tak mahu akan menuntut perhatiannya.

Sementara kau masih menuntut perhatian darinya untuk melayani dirimu setiap waktu. Sedangkan gerak kerja dakwah mu tidaklah banyak mana. Sedih dan keluh kesah yang kau kumpulkan untuk murabbi mu yang separuh mati bekerja itu.

Kalau kerana pengisian yang sentiasa menghiburkan mu, sedarlah pada suatu hari, kau akan sibuk memberi dari menerima. Dan majoritinya adalah dari zatiyyah mu sendiri. Apa yang kau akan terima pula adalah perkara yang akan menggoncangkan dan menghentak-hentak pemikiranmu untuk terus menambal amal mu di jalan ini. Sudah banyak bermain dengan realiti berbanding teori seperti dulu.

Sedarlah dakwah ini hanya kerana ALLAH.
Jadikanlah ALLAH sebagai motivasi mu berada di jalan ini.

Bukan pada ukhwah.
Bukan pada murabbi.
Bukan pada pengisian.
Bukan pada apa saja!

Sehinggakan apabila kau melihat ahli di dalam dakwah ini seperti robot, tidak basah ukhwahnya, kau lah yang akan menghidupkan suasana itu! Semuanya atas motivasi ALLAH.

Apabila kau lihat perhatian yang diberikan oleh murabbi semakin berkurang, kau lebih bersemangat menggerakkan dakwah. Kerana kini keluh kesah mu itu dilegakan dengan komunikasi terus dengan ALLAH di dalam jilsah tafakar mu. Tidak lagi bergantung hanya kepada murabbi seperti dulu.

Tidak ku nafikan pasti akan lahir di hati kita sedikit kekecewaan apabila ahli dakwah ini banyak kekurangannya. Tidak serius dengan binaannya. Tidak peka pada maslahat ikhwah akhawat di sekelilingnya. Tidak bersungguh membantu menyelesaikan masalah ahli-ahlinya.

Tapi ubatilah kekecewaan itu dengan bertindak membetulkan keadaan.
Bukannya merajuk atau keluar terus dari jalan ini.

Ibarat melompat keluar dari sebuah kapal yang bocor dengan terjun ke tengah-tengah lautan. Menanti dan terus menanti adanya kapal yang sempurna. Sedangkan ia tidak pernah wujud.

Dan manusia ini tidak ada yang sempurna. Jemaah ini jemaah manusia. Penuh cacat cela. Dan datanglah tarbiyah untuk menyempurnakannya sedikit demi sedikit.

Andai kau berehat atau berhenti, adakah akan menambahbaik kapal kita ini?

Terbayang-bayang di fikiranku wajah mereka yang terabai disebabkan kita yang selalu melayani perasaan kecewa tanpa disusuli dengan tindakan untuk memperbaikinya.

Semoga ALLAH ampuni dosa kita akibat selalu bermain perasaan di jalan ini.


Wallahua'lam.