Monday, April 26, 2010

langkahku bermula

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

hidup ini tidak kaku
kita perlu melangkah
namun terkadang langkahan itu payah
kerana empunya kaki masih terlekat ditempatnya

bukan kerana terhalang
namun kerana malasnya
kerana beratnya hati meronta
untuk terus tetap menikmati keindahan dan keseronokan dunia

namun kusedar
kutahu apa yg perlu aku lakukan
tidak patut hati ini merasa berat
dan ingin tetap tinggal di tempat yang bukan milik KITA

sedangkan DIA telah menjanjikan segala yg indah buat KITA
KITA hanya perlu MELANGKAH
MELANGKAH menuju ke sana
ianya harus dimulakan dgn langkah
dari sini akan ku gerakkan ia....

......LANGKAHKU BERMULA

No comments: