Monday, April 26, 2010

mimpiku kala malam

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Sungguh malam ini indah
dan malam ini tenang
Namun pada kegelapan malam
Terlalu byk yang terjadi
Yang terkadang tiada insan menyedari

namun bukan keindahan alam itu yg ingin dikongsi
kerana inshaallah perkara itu sama2 kita sedari
namun rasa hati yg lebih besar ingin dikongsi
mahukah didgr luahan hati ini

keperitan umat adakah kau rasai?
kefuturanmu,adakah ia dihiasi?
maruahmu,telahkah ia dicemari?
khilafmu,adakah ia ditangisi?

cukuplah..berhenti!

janganlah KITA menjadi mangsa kelemahan iman.....
yg bisa kalah pada bisikan2 syaitan..
yang merasai indah dgn perkataan
"down", "rilek r dulu", "aku dah buat cukup byk dah"
sedangkan dakwah itu akan meminta segala-galanya drpd KITA
yg akan membuatkan KITA sibuk hanya dgnnya
yg hanya dengan melakukannya KITA akan merasa gembira

wahai para penyambung mata rantai dakwah
KITA bukan insan biasa yg bisa tertipu dgn keindahan penjara
tapi KITA ialah ruh-ruh baru di dalam jasad umat yg sedang alpa
yg berlumba-lumba mencari redha tuhan-NYA....

ayuh..teruskan melangkah..
kerana dakwah ini KITA tanggung bersama
kerana langkahan kaki ini baru saja bermula...

ini langkahanku..
bagaimana pula denganmu??

No comments: