Sunday, May 15, 2011

Daie VS Jahiliyyah

Bismillah Arrahman Arrahiim
Assalamualaikum...

Daie itu penjulang kebenaran dan penentang kebatilan..
sepertimana hitam dan putih itu tidak dapat bercantum
dan kelabu itu hanyalah propaganda 'sang hitam'
untuk menipu dan memancing mereka yg 'putih'
supaya kesucian mereka 'dinodai'

sedih betul bile bukak facebook, dgr perbualan certain2 ikhwah ni,
nampak mereka masih dengan penuh happy bermain game, tgk movie....
dan lagi teruk lagi ialah diorg ni pergi pertontonkan dekat facebook yg satu dunia boleh tgk tu =(

sedih melihat tarbiyyah yang makin 'cair' di kalangan KITA sendiri
apabila bermain dengan jahiliah dianggap ok dan biasa sedangkan 'over' berdakwah menjadi satu kesalahan...
teringat satu artikel ditulis seorg ustaz ni, rase mcm dah ade kat planet lain jer....

bile tgk iphone/ ipod ikhwah masih lagi ade game,
dekat rumah mereka ada set permainan (PS, XBOX,Wii dll )
dalam komputer masih ade lagi game PES dll..

bukanlah dengan berkata begini aku ingin menunjukkan yg aku ini suci,
yang memang tidak ada rawasib2 jahiliah pada dirinya,
sungguh, mungkin diantara KITA semua, akulah org yang paling teruk..
paling tidak ikhlas, paling teruk jahiliahnya, paling jauh drpd Allah..

tapi masih, tidak kurasakan mempertontonkan semua itu sebagai akhlak seorg daie..
bukannya ingin menuding jari, aku hanya meluahkan rasa...
kerana aku tahu, diri kalian jauh lebih hebat daripadaku,
kerana aku nampak kalian boleh pergi jauh atas jalan ini,

maafkan aku jikalau penulisan ini menyinggung hati kalian,
tapi aku merasakan perlunya aku untuk menukilkan perkara ini...

marilah KITA bersama2 menjadi yg terbaik untuk DAKWAH..

allahu alam....

Wednesday, April 20, 2011

suatu kisah

bismillah arrahman arrahiim
Assalamualaikum wbt..

Ar-rasul ditarbiyyah oleh Allah melalui kisah2 dan pengalaman nabi2 dan umat2 terdahulu,
mengenai mereka yang bertungkus-lumus mengeluarkan manusia drpd kegelapan jahiliah kepada kecerahan iman kepada Allah.

dan apabila sampainya kepada KITA, sudah terlalu banyak kisah2 nabi2 terdahulu, sahabat2 nabi, para pejuang islam dari dahulu sehingga kini yg KITA dengari, namun sejauh mana kisah2 itu KITA betul2 hadam dan KITA sematkan didada menjadi pedoman dan bekalan muhasabah?

pernah terfikir kenapa para sahabat dahulu begitu hebat setelah menerima islam? jika dibandingkan dengan keadaan KITA yg sudahpun islam ini, setelah hidayah mengetuk pintu hati KITA?
adakah KITA merasa sepertimana yg dirasakan oleh para sahabat?

merasakan betapa busuk dan kotornya lautan jahiliah yg mereka renangi dahulu sehinggakan apabila mereka mendarat di pantai 'iman', mereka bersumpah tidak akan turun ke laut lagi kerana tidak ingin diri ini dicemari noda dan dosa. tetapi bagaimana pula KITA?

masih berseronok barangkali?
berbangga dipanggil daie!
merasakan diri terlalu suci!
mengira bahawa amalannya sudah mencukupi!!!

hari ini aku mendengar sebuah kisah...
seorg sahabat yang cukup liat apabila mula2 ingin ditarbiyyah, namun pada hari ini, setelah hidayah Allah menyapanya sehinggakan dia terjaga, beliau mengambil keputusan untuk mengumumkan SIAPAKAH DIRINYA....
sedangkan ada yg bertahun-tahun didalam tarbiyyah masih lagi takut2 untuk keluar mengumumkan siapa dirinya...

dan hari ini juga aku rasakan aku lebih memahami mesej yg

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" -fussilat (41;33)

Allahu alam...

Friday, April 15, 2011

sejauh mana KITA sanggup pergi?

Bismillah Arrahman Arrahiim...
Assalamualaikum wbt...

subhanallah, artikel yang sangat membuka mata dan membuatkan diri ini bermuhasabah sejauh mana KITA sanggup pergi untuk kebaikan dakwah ini ataupun kata-kata KITA selama ini hanyalah omongan kosong untuk kelihatan hebat dan gah berbanding teman lain.....

" jika kita hanya memberikan wang dan harta, dakwah mengatakan : kami tidak ada orang yang akan menggerakkan aku. duit tidak menggerakkan aku. manusia yang menggerakkan aku dengan bantuan duit. tapi duit tidak dapat menggerakkan dakwah tanpa diri…."

kita dan profession

In Dakwah on April 14, 2011 at 10:27 pm

pernah dengar orang yang berhenti dari guru atau pensyarah uni kerana nak memberikan sepenuh masa untuk direct selling atau apa juga perniagaan?? tentu pernah kan?

ada orang mengutuk, mencemuh dan merasai pelik??

tentu tidak kan? kerana tentu orang tidak merasai apa-apa keganjilan kerana kedua-duanya adalah kerja dan kedua-duanya mendapat duit. sudah tentu orang juga merasai keberanian langkah yang diambil oleh si dia. mesti kita memikirkan bahawa kerja barunya tentu lebih banyak gaji, banyak untung dan lebih lumayan !

tetapi adakah menjadi satu keganjilan jika seseorang dari kita berhenti dari satu kerja kepada kerja yang lain hanya kerana ia lebih bermanfaat untuk dakwah.?? jika gaji dan pendapatan baru jauh lebih rendah, nescaya ramai termasuk dari kita sendiri akan merasai pelik… ! ini tidak lagi emak ayah dan kawan-kawan lain yang tidak memahami erti nilai dan weigh dakwah dalam hidup kita.

ramai dari kita tidak sanggup melakukannya. bahkan ramai dari kita sendiri tidak mahu memikirkan. kita tidak seberani dia yang berhenti kerja hanya untuk MLM dan menjual pasar malam atau membuka kelas tusyen. bukankah dakwah lebih menuntut dari kita lebih dari ketinggian gaji dan perolehan bulanan pendapatan?? pendapatan juga penting untuk dakwah.. tetapi kedudukan dan cara kerja kita banyak mempengaruhi dakwah dan tarbiyyah dan sumbangan kita.

Apa yang mampu berikan jika sekiranya seluruh harian kita sepanjang tahun dari jam 7 hingga 9 malam untuk kilang dan pejabat? kemudian kita di tekan, menhasilkan tension yang akan di bawa ke rumah dan ke tempat prog? kemudian waktu saki baki kita kemudiannya hanya dapat di berikan kepada dakwah dan tarbiyyah dalam keadaan mengantuk dan penat? apakah kita tidak berfikir jika kita berada dalam contoh keadaan demikian untuk mengubah kerja dan professionb kita di tempat tersebut.??

KEMUDIAN KITA MENGELUH KERANA DAKWAH TIDAK MEMPUNYAI RAMAI PENGIKUT DAN ANAK-ANAK TARBIYYAH TIDAK MENDAPAT TARBIYYAH SEPATUTNYA DAN TIDAK ‘MENJADI’.

dakwah memerlukan dari kita diri dan harta. diri ertinya masa, tenaga, fikiran, perasaan, peluh, darah dan juga nyawa. dakwah juga meminta dari kita wang yang kita dapat dari hasil kerja seharian kita. kedua-duanya di minta oleh dakwah. jika kita hanya memberikan wang dan harta, dakwah mengatakan : kami tidak ada orang yang akan menggerakkan aku. duit tidak menggerakkan aku. manusia yang menggerakkan aku dengan bantuan duit. tapi duit tidak dapat menggerakkan dakwah tanpa diri….

Kita menunggu orang yang akan sanggup mengorbankan, menentukan dan menundukkan professionnya untuk kebaikan dakwah… KERANA DULUNYA KITA MENGATAKAN ‘ KAMI BELAJAR UNTUK DAKWAH’ !

Tuesday, December 7, 2010

KITA yang Mana??

بسم الله الرحمن الرحيم
السلا م عليكم

Subhanallah, subhanallah, subhanallah...

Allahlah yg mentadbir seluruh perjalanan alam ini, tidak ada satu pun yg berjalan, bergerak tanpa pengetahuan dan redha-Nya...

Hanya manusia sahaja yg tidak mengikuti peraturan tersebut kerana dikalangan manusia, terdapat juga perbezaan-perbezaanya. Ada manusia duniawi yg pasti, konfirm, wajib sesat dalam mengatur hidup mereka kerana tiadanya hidayah Allah yg memandu mereka.

Tedapat juga manusia black and white, separuh badannya hitam manakala separuh lagi putih, separuh mengikuti wahyu dan separuh lg mengingkarinya. Mereka juga sesat kerana Allah mentakdirkan manusia itu haruslah udkhulu fissilmi kaaaafffaaahh... Masuk islam secara keseluruhan.

Dan alhamdulillah dikalangan manusia itu terdapat mereka yg beruntung kerana dibenarkan Allah utk menjadikan wahyu-Nya sebagai panduan dan mereka cuba mengatur kehidupan mereka dgn wahyu yg difahami. Kerana mereka tidak mahu menjadi manusia duniawi yg kehidupannya bukan berlandaskan wahyu...

Allahu alam, KITA yang mana??



- Posted using BlogPress from iPhone ImaN =)

hati-hati dengan niatmu

Bismillah Arrahman Arrahiim...
Assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulilllah...

dalam dunia ni banyak benda yg berlaku yg dapat KITA ambil 'ibrah' drpdnya dan setiap perkara yg KITA lakukan seharusnya berhadaf dan seharusnya matlamat utama KITA adalah keredhaan Allah kan dan disini, ingin ana sertakan satu artikel yg sangat menarik untuk KITA sama2 renung2kan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum,

Hati-hati dalam memilih niatmu!
Atas dasar apa kau memilih jalan ini?
Apa motivasinya?

Sewaktu fasa awal tarbiyah, kita mungkin dimanjakan. Diberi perhatian sepenuhnya. Menerima dan terus menerima tanpa memikirkan mereka yang selamanya memberi.

Lalu kita merasakan…

Nikmatnya ukhwah bersama ikhwah - susah senang bersama.
Nikmatnya murabbi yang sentiasa membelai dan memberi sepenuh perhatian.
Nikmatnya pengisian yang sentiasa menghiburkan hati yang gelisah.
Nikmatnya melancong ke sana sini berprogram sambil mentadabbur alam.

Waspadalah! Kelak nanti mungkin kau akan merasakan…

Ikhwah seperti tidak pedulikan dirimu lantaran “sibuk” dengan tugas dakwah.
Murabbi mu hanya boleh berjumpa atau melayani mu hanya beberapa ketika.
Pengisian yang kau dapat akan bersifat “keras” atau “memaksa”.
Melancong? Sejak bila pula kita ada masa nak melancong! HaHa.

Kalau berada di jalan ini untuk mengharapkan kehangatan ukhwah seperti di awal-awal dulu, kau pasti akan kecewa disebabkan ukhwah kita sudah berkait rapat dengan topik-topik dakwah yang sentiasa memenatkan. Sementara kau masih mengharapkan ukhwah seperti kanak-kanak, bersenda gurau dan hidup di dalam dunia sendiri.

Kalau kerana suka pada peribadi murabbi yang selalu memberi perhatian dan memanjakan kita di awal-awal dulu, kau pasti akan kecewa pada suatu hari nanti.

Kerana setiap murabbi pasti akan ditambah mas’uliyahnya secara berperingkat. Masanya akan terpecah-pecah kepada mas’uliyah yang pelbagai. Belum lagi ditambah dengan ujian demi ujian yang menimpanya yang mahu tak mahu akan menuntut perhatiannya.

Sementara kau masih menuntut perhatian darinya untuk melayani dirimu setiap waktu. Sedangkan gerak kerja dakwah mu tidaklah banyak mana. Sedih dan keluh kesah yang kau kumpulkan untuk murabbi mu yang separuh mati bekerja itu.

Kalau kerana pengisian yang sentiasa menghiburkan mu, sedarlah pada suatu hari, kau akan sibuk memberi dari menerima. Dan majoritinya adalah dari zatiyyah mu sendiri. Apa yang kau akan terima pula adalah perkara yang akan menggoncangkan dan menghentak-hentak pemikiranmu untuk terus menambal amal mu di jalan ini. Sudah banyak bermain dengan realiti berbanding teori seperti dulu.

Sedarlah dakwah ini hanya kerana ALLAH.
Jadikanlah ALLAH sebagai motivasi mu berada di jalan ini.

Bukan pada ukhwah.
Bukan pada murabbi.
Bukan pada pengisian.
Bukan pada apa saja!

Sehinggakan apabila kau melihat ahli di dalam dakwah ini seperti robot, tidak basah ukhwahnya, kau lah yang akan menghidupkan suasana itu! Semuanya atas motivasi ALLAH.

Apabila kau lihat perhatian yang diberikan oleh murabbi semakin berkurang, kau lebih bersemangat menggerakkan dakwah. Kerana kini keluh kesah mu itu dilegakan dengan komunikasi terus dengan ALLAH di dalam jilsah tafakar mu. Tidak lagi bergantung hanya kepada murabbi seperti dulu.

Tidak ku nafikan pasti akan lahir di hati kita sedikit kekecewaan apabila ahli dakwah ini banyak kekurangannya. Tidak serius dengan binaannya. Tidak peka pada maslahat ikhwah akhawat di sekelilingnya. Tidak bersungguh membantu menyelesaikan masalah ahli-ahlinya.

Tapi ubatilah kekecewaan itu dengan bertindak membetulkan keadaan.
Bukannya merajuk atau keluar terus dari jalan ini.

Ibarat melompat keluar dari sebuah kapal yang bocor dengan terjun ke tengah-tengah lautan. Menanti dan terus menanti adanya kapal yang sempurna. Sedangkan ia tidak pernah wujud.

Dan manusia ini tidak ada yang sempurna. Jemaah ini jemaah manusia. Penuh cacat cela. Dan datanglah tarbiyah untuk menyempurnakannya sedikit demi sedikit.

Andai kau berehat atau berhenti, adakah akan menambahbaik kapal kita ini?

Terbayang-bayang di fikiranku wajah mereka yang terabai disebabkan kita yang selalu melayani perasaan kecewa tanpa disusuli dengan tindakan untuk memperbaikinya.

Semoga ALLAH ampuni dosa kita akibat selalu bermain perasaan di jalan ini.


Wallahua'lam.