Showing posts with label forwarded article. Show all posts
Showing posts with label forwarded article. Show all posts

Friday, April 15, 2011

sejauh mana KITA sanggup pergi?

Bismillah Arrahman Arrahiim...
Assalamualaikum wbt...

subhanallah, artikel yang sangat membuka mata dan membuatkan diri ini bermuhasabah sejauh mana KITA sanggup pergi untuk kebaikan dakwah ini ataupun kata-kata KITA selama ini hanyalah omongan kosong untuk kelihatan hebat dan gah berbanding teman lain.....

" jika kita hanya memberikan wang dan harta, dakwah mengatakan : kami tidak ada orang yang akan menggerakkan aku. duit tidak menggerakkan aku. manusia yang menggerakkan aku dengan bantuan duit. tapi duit tidak dapat menggerakkan dakwah tanpa diri…."

kita dan profession

In Dakwah on April 14, 2011 at 10:27 pm

pernah dengar orang yang berhenti dari guru atau pensyarah uni kerana nak memberikan sepenuh masa untuk direct selling atau apa juga perniagaan?? tentu pernah kan?

ada orang mengutuk, mencemuh dan merasai pelik??

tentu tidak kan? kerana tentu orang tidak merasai apa-apa keganjilan kerana kedua-duanya adalah kerja dan kedua-duanya mendapat duit. sudah tentu orang juga merasai keberanian langkah yang diambil oleh si dia. mesti kita memikirkan bahawa kerja barunya tentu lebih banyak gaji, banyak untung dan lebih lumayan !

tetapi adakah menjadi satu keganjilan jika seseorang dari kita berhenti dari satu kerja kepada kerja yang lain hanya kerana ia lebih bermanfaat untuk dakwah.?? jika gaji dan pendapatan baru jauh lebih rendah, nescaya ramai termasuk dari kita sendiri akan merasai pelik… ! ini tidak lagi emak ayah dan kawan-kawan lain yang tidak memahami erti nilai dan weigh dakwah dalam hidup kita.

ramai dari kita tidak sanggup melakukannya. bahkan ramai dari kita sendiri tidak mahu memikirkan. kita tidak seberani dia yang berhenti kerja hanya untuk MLM dan menjual pasar malam atau membuka kelas tusyen. bukankah dakwah lebih menuntut dari kita lebih dari ketinggian gaji dan perolehan bulanan pendapatan?? pendapatan juga penting untuk dakwah.. tetapi kedudukan dan cara kerja kita banyak mempengaruhi dakwah dan tarbiyyah dan sumbangan kita.

Apa yang mampu berikan jika sekiranya seluruh harian kita sepanjang tahun dari jam 7 hingga 9 malam untuk kilang dan pejabat? kemudian kita di tekan, menhasilkan tension yang akan di bawa ke rumah dan ke tempat prog? kemudian waktu saki baki kita kemudiannya hanya dapat di berikan kepada dakwah dan tarbiyyah dalam keadaan mengantuk dan penat? apakah kita tidak berfikir jika kita berada dalam contoh keadaan demikian untuk mengubah kerja dan professionb kita di tempat tersebut.??

KEMUDIAN KITA MENGELUH KERANA DAKWAH TIDAK MEMPUNYAI RAMAI PENGIKUT DAN ANAK-ANAK TARBIYYAH TIDAK MENDAPAT TARBIYYAH SEPATUTNYA DAN TIDAK ‘MENJADI’.

dakwah memerlukan dari kita diri dan harta. diri ertinya masa, tenaga, fikiran, perasaan, peluh, darah dan juga nyawa. dakwah juga meminta dari kita wang yang kita dapat dari hasil kerja seharian kita. kedua-duanya di minta oleh dakwah. jika kita hanya memberikan wang dan harta, dakwah mengatakan : kami tidak ada orang yang akan menggerakkan aku. duit tidak menggerakkan aku. manusia yang menggerakkan aku dengan bantuan duit. tapi duit tidak dapat menggerakkan dakwah tanpa diri….

Kita menunggu orang yang akan sanggup mengorbankan, menentukan dan menundukkan professionnya untuk kebaikan dakwah… KERANA DULUNYA KITA MENGATAKAN ‘ KAMI BELAJAR UNTUK DAKWAH’ !

Tuesday, December 7, 2010

hati-hati dengan niatmu

Bismillah Arrahman Arrahiim...
Assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulilllah...

dalam dunia ni banyak benda yg berlaku yg dapat KITA ambil 'ibrah' drpdnya dan setiap perkara yg KITA lakukan seharusnya berhadaf dan seharusnya matlamat utama KITA adalah keredhaan Allah kan dan disini, ingin ana sertakan satu artikel yg sangat menarik untuk KITA sama2 renung2kan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum,

Hati-hati dalam memilih niatmu!
Atas dasar apa kau memilih jalan ini?
Apa motivasinya?

Sewaktu fasa awal tarbiyah, kita mungkin dimanjakan. Diberi perhatian sepenuhnya. Menerima dan terus menerima tanpa memikirkan mereka yang selamanya memberi.

Lalu kita merasakan…

Nikmatnya ukhwah bersama ikhwah - susah senang bersama.
Nikmatnya murabbi yang sentiasa membelai dan memberi sepenuh perhatian.
Nikmatnya pengisian yang sentiasa menghiburkan hati yang gelisah.
Nikmatnya melancong ke sana sini berprogram sambil mentadabbur alam.

Waspadalah! Kelak nanti mungkin kau akan merasakan…

Ikhwah seperti tidak pedulikan dirimu lantaran “sibuk” dengan tugas dakwah.
Murabbi mu hanya boleh berjumpa atau melayani mu hanya beberapa ketika.
Pengisian yang kau dapat akan bersifat “keras” atau “memaksa”.
Melancong? Sejak bila pula kita ada masa nak melancong! HaHa.

Kalau berada di jalan ini untuk mengharapkan kehangatan ukhwah seperti di awal-awal dulu, kau pasti akan kecewa disebabkan ukhwah kita sudah berkait rapat dengan topik-topik dakwah yang sentiasa memenatkan. Sementara kau masih mengharapkan ukhwah seperti kanak-kanak, bersenda gurau dan hidup di dalam dunia sendiri.

Kalau kerana suka pada peribadi murabbi yang selalu memberi perhatian dan memanjakan kita di awal-awal dulu, kau pasti akan kecewa pada suatu hari nanti.

Kerana setiap murabbi pasti akan ditambah mas’uliyahnya secara berperingkat. Masanya akan terpecah-pecah kepada mas’uliyah yang pelbagai. Belum lagi ditambah dengan ujian demi ujian yang menimpanya yang mahu tak mahu akan menuntut perhatiannya.

Sementara kau masih menuntut perhatian darinya untuk melayani dirimu setiap waktu. Sedangkan gerak kerja dakwah mu tidaklah banyak mana. Sedih dan keluh kesah yang kau kumpulkan untuk murabbi mu yang separuh mati bekerja itu.

Kalau kerana pengisian yang sentiasa menghiburkan mu, sedarlah pada suatu hari, kau akan sibuk memberi dari menerima. Dan majoritinya adalah dari zatiyyah mu sendiri. Apa yang kau akan terima pula adalah perkara yang akan menggoncangkan dan menghentak-hentak pemikiranmu untuk terus menambal amal mu di jalan ini. Sudah banyak bermain dengan realiti berbanding teori seperti dulu.

Sedarlah dakwah ini hanya kerana ALLAH.
Jadikanlah ALLAH sebagai motivasi mu berada di jalan ini.

Bukan pada ukhwah.
Bukan pada murabbi.
Bukan pada pengisian.
Bukan pada apa saja!

Sehinggakan apabila kau melihat ahli di dalam dakwah ini seperti robot, tidak basah ukhwahnya, kau lah yang akan menghidupkan suasana itu! Semuanya atas motivasi ALLAH.

Apabila kau lihat perhatian yang diberikan oleh murabbi semakin berkurang, kau lebih bersemangat menggerakkan dakwah. Kerana kini keluh kesah mu itu dilegakan dengan komunikasi terus dengan ALLAH di dalam jilsah tafakar mu. Tidak lagi bergantung hanya kepada murabbi seperti dulu.

Tidak ku nafikan pasti akan lahir di hati kita sedikit kekecewaan apabila ahli dakwah ini banyak kekurangannya. Tidak serius dengan binaannya. Tidak peka pada maslahat ikhwah akhawat di sekelilingnya. Tidak bersungguh membantu menyelesaikan masalah ahli-ahlinya.

Tapi ubatilah kekecewaan itu dengan bertindak membetulkan keadaan.
Bukannya merajuk atau keluar terus dari jalan ini.

Ibarat melompat keluar dari sebuah kapal yang bocor dengan terjun ke tengah-tengah lautan. Menanti dan terus menanti adanya kapal yang sempurna. Sedangkan ia tidak pernah wujud.

Dan manusia ini tidak ada yang sempurna. Jemaah ini jemaah manusia. Penuh cacat cela. Dan datanglah tarbiyah untuk menyempurnakannya sedikit demi sedikit.

Andai kau berehat atau berhenti, adakah akan menambahbaik kapal kita ini?

Terbayang-bayang di fikiranku wajah mereka yang terabai disebabkan kita yang selalu melayani perasaan kecewa tanpa disusuli dengan tindakan untuk memperbaikinya.

Semoga ALLAH ampuni dosa kita akibat selalu bermain perasaan di jalan ini.


Wallahua'lam.