Thursday, October 20, 2011

Khabar...

Salam alaikum (^__^)

Apa khabarmu???
Apa khabar hatimu??
Apa khabar imanmu??



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, July 17, 2011

Tarbiyyah ertinya merubah

Bismillah Arrahman Arrahiim
Assalamualaikum.

Sedih, sedih melihatkan segelintir manusia terlalu sukar utk diubah, terlebih gemar utk terus berada di takuk lama. Sedangkan itu bukanlah sifat tarbiyyah.

Sifat tarbiyyah itu merubah ,
Merubah kearah yg lebih baik.

Seorg yang dahulunya lemah,
Diubah menjadi kuat.
Segala2nya kerana tarbiyyah,
Sekiranya dia mengambil serius tarbiyyahnya,
Menghadam betul2 nasihah yg diberikan kepadanya.

Seharusnya rasulullah dijadikan qudwah,
Diganti segala akhlak diri dengan akhlak islamiah.

Semoga segalanya dilakukan kerana Allah.

Aku menulis kerana aku sedar....
Aku insan yang masih banyak lompong2 didalam diri ini yang masih perlu diperbaiki, terlalu banyak sifat2 dan akhlak2 diri perlu diganti. Kerana aku sedar, manusia tidak akan pernah sempurna akan tetapi sentiasa mengejar kesempurnaan.

Kesempurnaan hakiki yang dikejar hanya utk mendapat pengiktirafan drpd yang Maha Esa, bukan kata2 manis insan hina. Semoga Kau golongkan aku kedalam golongan tersebut ya Allah.




Ambillah setiap kebaikan tidak kira dari mana ia datang, asalkan ia masih bersandarkan al-haq (^__^)Y


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, July 7, 2011

Squeeze in =)

Bismillah arrahmaan arrahiim
Assalamualaikum wbt...

Lame kan tidak menulis disini?
Nak kata sibuk 'bekerja', tidak jugak. Mungkin kerana culas dan byk sangat menangguh kerja rasanya. TT__TT

Jom muhasabah (^__^) Y

Jangan pernah segan utk bermuhasabah.
Jgn pernah marah apabila dimuhasabah.

Muhasabahlah utk berubah,
Dan janganlah memuhasabah utk merendah- rendah.

Erk, jadi apakah mesej yg ingin disampaikan. Daie tidak pernah akan berbuat suatu yg kosong, tidak akan pernah ada masa yg kosong. Kosong bermakna lalai!!!

Jom sama2 saling ingat- mengingatkan.
Fazakkir innama anta muzakkir =D

Allahu alam =)

ps - kaitan tajuk dgn isi???
Mesej2 yg besar2 disqueezekan dlm satu entry, dahlah tulis pun pendek2 =P


always thinks positive so that we can go further >_<
Hihihi


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, May 22, 2011

bukannya ajaib


Bismillah Arrahman Arrahiim
Assalamualaikum


islam bukannya agama yg ajaib.
yg kalau inginkan sesuatu kebaikan, suatu keajaiban, akan dapat dikecapi hanya dengan mimpi dan doa.

sedangkan tersebar dan tertegaknya islam pun diatas peluh dan darah rasulullah saw dan para sahabat.



adakah KITA rasa perubahan diri KITA akan berlaku hanya dengan menanam niat ingin berubah. menunggu saat2 dan peristiwa2 istimewa/significant yg akan mengetuk pintu hati perubahan.
yakinkan KITA akan tibanya saat itu?

berbuih2 bibir KITA menuturkan KITA ingin tsabat dan mati shahid. namun jauh disudut hati, sbnrnya KITA merasa malas untuk berubah, untuk mengubah diri menjadi satu sosok yg diinginkan dakwah. merasa selesa dengan apa yang ada. merasakan KITA lebih bagus dari yg lain, merasakan dakwah KITA lebih hebat dari org lain.

cuba KITA tanyakan pada diri KITA,
apakah ketiadaan KITA akan diingati?
kehadiran KITA menjadi penyuntik semangat dakwah bg org lain?

ataukah KITA ini hanya barang2 lebihan yang tidak bernilai.

segala yang KITA inginkan, mulakanlah ia dari sekarang. keajaiban tidak akan berlaku,
tanpa KITA melakukan apa2.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, May 15, 2011

Daie VS Jahiliyyah

Bismillah Arrahman Arrahiim
Assalamualaikum...

Daie itu penjulang kebenaran dan penentang kebatilan..
sepertimana hitam dan putih itu tidak dapat bercantum
dan kelabu itu hanyalah propaganda 'sang hitam'
untuk menipu dan memancing mereka yg 'putih'
supaya kesucian mereka 'dinodai'

sedih betul bile bukak facebook, dgr perbualan certain2 ikhwah ni,
nampak mereka masih dengan penuh happy bermain game, tgk movie....
dan lagi teruk lagi ialah diorg ni pergi pertontonkan dekat facebook yg satu dunia boleh tgk tu =(

sedih melihat tarbiyyah yang makin 'cair' di kalangan KITA sendiri
apabila bermain dengan jahiliah dianggap ok dan biasa sedangkan 'over' berdakwah menjadi satu kesalahan...
teringat satu artikel ditulis seorg ustaz ni, rase mcm dah ade kat planet lain jer....

bile tgk iphone/ ipod ikhwah masih lagi ade game,
dekat rumah mereka ada set permainan (PS, XBOX,Wii dll )
dalam komputer masih ade lagi game PES dll..

bukanlah dengan berkata begini aku ingin menunjukkan yg aku ini suci,
yang memang tidak ada rawasib2 jahiliah pada dirinya,
sungguh, mungkin diantara KITA semua, akulah org yang paling teruk..
paling tidak ikhlas, paling teruk jahiliahnya, paling jauh drpd Allah..

tapi masih, tidak kurasakan mempertontonkan semua itu sebagai akhlak seorg daie..
bukannya ingin menuding jari, aku hanya meluahkan rasa...
kerana aku tahu, diri kalian jauh lebih hebat daripadaku,
kerana aku nampak kalian boleh pergi jauh atas jalan ini,

maafkan aku jikalau penulisan ini menyinggung hati kalian,
tapi aku merasakan perlunya aku untuk menukilkan perkara ini...

marilah KITA bersama2 menjadi yg terbaik untuk DAKWAH..

allahu alam....